Tuesday, June 17, 2008

Muhyiddin Dan Mukhriz

YAB Tun Dr. Mahathir,


Sebenarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah orang bodoh seperti yang Tun cuba menyifatkan dalam blog Tun bertajuk 'Abdullah Dan Najib'.


Ada kemungkinan besarnya Tan Sri Muhyiddin akan mencabar Dato Seri Najib dan bertanding Timbalan Presiden dengan bantuan daripada Dato Seri Utama Rais Yatim yang mungkin akan bertanding Naib Presiden.


Jika Ku Li dapat dicalonkan sebagai petanding Presiden, jadi Team B yang dipimpin oleh Ku Li pastinya akan menewaskan Team A yang dipimpin oleh Dato Seri Abdullah dan Dato Seri Najib. Jika Ku Li tidak dapat dicalonkan, Dato Seri Abdullah akan tetap menang tanpa bertanding. Namun begitu, tidak semestinya Dato Seri Najib boleh menang kalau beliau dicabar oleh Tan Sri Muhyiddin.


Dato Seri Najib bukan seorang pemimpin yang kuat lagi pada mata kebanyakan para ahli UMNO kerana beliau tidak berani mencabar seseorang pemimpin yang dianggap orangramai sebagai 'pemimpin lemah' yang tidak mampu mengetuai menteri-menteri.


Walaupun Dato Seri Najib mungkin dikalahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, kekalahannya tidak akan membawa apa-apa kesan yang hebat kepada UMNO kerana Tan Sri Muhyiddin juga diyakinkan oleh ramai orang sebagai seorang pemimpin yang pintar, cekap dan berkemampuan untuk menyatupadukan UMNO semula dan untuk meningkatkan prestasi UMNO dan Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.


Kalau Mukhriz ingin memenangi jawatan Presiden Pemuda UMNO, beliau akan mempunyai peluang menang yang lebih tinggi daripada dahulu kalau beliau berpakat dengan Tan Sri Muhyiddin.


Namun, aku ingin menasihatkan Tun bahawa kalau Tun beringin nak tolong Mukhriz, jadi Tun boleh tolong dengan secara sunyi-senyap sahaja. Kalau Tun cuba menolong Mukhriz secara berbising-bising, tentulah kebisingan Tun akan menaikkan kebencian para ahli UMNO. Ini adalah kerana para ahli UMNO akan memandangkan Mukhriz sebagai salah satu orang 'anak Mahathir' yang dilindungi oleh ayahanda sahaja jika Tun menceburi dalam kempen pertandingan Mukhriz.


Kalau Tun tidak menceburi secara berbising-bising dalam kempen Mukhriz, orang ramai akan tahu bahawa Mukhriz adalah seorang budak yang mempunyai kualiti pemimpinan tinggi dan berperibadi sendiri dan bukan seorang anak Tokoh yang selalu bergantung rezekinya pada ayahanda sahaja.


Jadi, kalau Tun tidak mau ramalan Tun di blog ini menjadi hakikat betul, Tun haruslah bersamping Tan Sri Muhyiddin dan menjauhkan diri daripada Dato Seri Najib. Walaupun Tun berhutang budi kepada Almarhum Tun Razak, hutang budi ini boleh dibayar kepada Nasir Razak pada masa kelak. Kenapa pula nak buang masa dengan Dato Seri Najib kalau beliau bukanlah seorang budak yang senang diajari?


Semoga Mukhriz menang, tapi janganlah Tun membenarkan Mukhriz untuk menyalahgunakan ISA lagi kalau Mukhriz sanggup menjadi Menteri KDN ataupun Perdana Menteri pada masa kelak. Sebenarnya, Tun haruslah sedar bahawa penyalahgunaan ISA semasa Tun memegang jawatan Perdana Menteri adalah asal unsurnya Tun kehilangan kasih sayang daripada segolongan besar Rakyat Malaysia.


Terima kasih kerana Tun bersabar dengan kritikan aku di sini. Maafkan aku kalau kritikan ini sangat-sangat menyusahkan hati Tun.

Dr Mahathir Mohamad: Abdullah dan Najib

Dr Mahathir Mohamad: Abdullah dan Najib

Abdullah Dan Najib

Tulisan dalam Blog "Abdullah dan Najib"
14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:24 PM


YAB Tun,

Kalau Tun sudah buat ramalan bahawa 'Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding', jadi haruslah Tun berhenti membuat kritikan yang kejam pada Dato Seri Abdullah lagi kalau tanpa bukti kuat untuk memulakan tuduhan betul ke atas Dato Seri Abdullah. Kritikan Tun kalau sudah hilang kawalan boleh jadi akan menyebabkan perasaan benci di kalangan ahli-ahli UMNO dan terusnya mengalahkan cadangan Dato Seri Abdullah untuk mengekalkan pegangan kuasanya di jawatan Presiden UMNO. Kalau bukannya Tun sudah berubah sekali lagi sekarang dan sudah bersetuju dengan kelanjutan pegangan kuasa Presiden UMNO oleh Dato Seri Abdullah, kenapa pula Tun nak memberikan kenyataan tersebut seperti Tun sudah mengucapkan tahniah kepada Dato Sri Abdullah terlebih dahulu sebelum pilihan parti diadakan pada Disember?

Dengan komen Tun bahawa 'Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya.', nampaknya Tun pun sudah memberikan keizinan sendiri kepada Dato Seri Abdullah supaya beliau boleh meneruskan pemerintahannya di UMNO dan Barisan Nasional.
Aku boleh faham Tun dalam perkara ini kerana Tun masih cintai UMNO dan tidak mau UMNO ditewaskan oleh Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, aku haruslah mengingatkan Tun bahawa kalau Tun betul-betul sudah bertukar fikiran dan kini sudah memberikan sokongan sepenuhnya kepada Dato Seri Abdullah, Tun mestilah membuat demikian hanya demi kebaikan UMNO dan kebaikan seluruh warga Malaysia sahaja.

Jangan sekali lagi Tun cuba meminta apa-apa projek ataupun peluang perniagaan lagi daripada kerajaan untuk anak-anak sayang Tun sebagai syarat-syarat Tun memberikan sokongan kepada Dato Seri Abdullah. Tun pun sudah berusia sekarang. Inilah masa tepatnya Tun haruslah mulai mengumpulkan khazanah di syurga dengan memberikan sumbangan kepada seluruh makhluk manusia dan tidak lagi bersibuk-sibuk untuk mengumpulkan khazanah keduniaan ini.

Allah senantiasa memantau kita dan percakapan kita mestilah diucapkan dengan niat suci dan jujur dan tidak boleh kita pusing-pusing sahaja.

Moga-moga Allah memberikan berkat kepada Tun dan sekeluarganya.