Tuesday, June 17, 2008

Abdullah Dan Najib

Tulisan dalam Blog "Abdullah dan Najib"
14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:24 PM


YAB Tun,

Kalau Tun sudah buat ramalan bahawa 'Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding', jadi haruslah Tun berhenti membuat kritikan yang kejam pada Dato Seri Abdullah lagi kalau tanpa bukti kuat untuk memulakan tuduhan betul ke atas Dato Seri Abdullah. Kritikan Tun kalau sudah hilang kawalan boleh jadi akan menyebabkan perasaan benci di kalangan ahli-ahli UMNO dan terusnya mengalahkan cadangan Dato Seri Abdullah untuk mengekalkan pegangan kuasanya di jawatan Presiden UMNO. Kalau bukannya Tun sudah berubah sekali lagi sekarang dan sudah bersetuju dengan kelanjutan pegangan kuasa Presiden UMNO oleh Dato Seri Abdullah, kenapa pula Tun nak memberikan kenyataan tersebut seperti Tun sudah mengucapkan tahniah kepada Dato Sri Abdullah terlebih dahulu sebelum pilihan parti diadakan pada Disember?

Dengan komen Tun bahawa 'Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya.', nampaknya Tun pun sudah memberikan keizinan sendiri kepada Dato Seri Abdullah supaya beliau boleh meneruskan pemerintahannya di UMNO dan Barisan Nasional.
Aku boleh faham Tun dalam perkara ini kerana Tun masih cintai UMNO dan tidak mau UMNO ditewaskan oleh Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, aku haruslah mengingatkan Tun bahawa kalau Tun betul-betul sudah bertukar fikiran dan kini sudah memberikan sokongan sepenuhnya kepada Dato Seri Abdullah, Tun mestilah membuat demikian hanya demi kebaikan UMNO dan kebaikan seluruh warga Malaysia sahaja.

Jangan sekali lagi Tun cuba meminta apa-apa projek ataupun peluang perniagaan lagi daripada kerajaan untuk anak-anak sayang Tun sebagai syarat-syarat Tun memberikan sokongan kepada Dato Seri Abdullah. Tun pun sudah berusia sekarang. Inilah masa tepatnya Tun haruslah mulai mengumpulkan khazanah di syurga dengan memberikan sumbangan kepada seluruh makhluk manusia dan tidak lagi bersibuk-sibuk untuk mengumpulkan khazanah keduniaan ini.

Allah senantiasa memantau kita dan percakapan kita mestilah diucapkan dengan niat suci dan jujur dan tidak boleh kita pusing-pusing sahaja.

Moga-moga Allah memberikan berkat kepada Tun dan sekeluarganya.

No comments: